Mangsa Histeria Kongsi Detik Diganggu ‘Lembaga Hitam’
KEJADIAN histeria di SMK Pengkalan Chepa
2 belum pulih sepenuhnya. Namun begitu, sekolah sudah beroperasi
seperti biasa biarpun masih lagi kedengaran jeritan-jeritan histeria
dari bilik darjah sekolah berkenaan.
Seorang bomoh Cina dari Perak dan pasukannya telah memasuki kawasan sekolah itu untuk membantu situasi.
Wartawan Harian Metro, Muhamaad Razis
Ismail dan Jurugambar Syamsi Suhaimi sebelum ini berkesempatan menemu
bual mangsa dan menyelami perasaan mereka diganggu.
1. Mangsa histeria, pelajar SMK Pengkalan Chepa 2, Nik Nor Awadah Rohairul, 15.
“Ketika itu (Isnin) saya belajar dalam kelas, tiba-tiba terdengar pelajar menjerit dan ia seperti berjangkit kepada orang lain.
Keadaan menjadi kelam-kabut apabila semakin ramai meracau dan menjerit sebelum kami semua diminta berkumpul di surau sekolah.
Tidak semena-mena saya berasa sangat
takut dan jadi lemah. Saya juga ikut menjerit tidak berhenti sebelum
menyedari ada guru dan rakan menenangkan.
Saya ingat, dua kali saya diserang dan
kali kedua pada Rabu. Ada rakan nampak lembaga hitam di kawasan kelas
dan tandas perempuan, tapi saya tak nampak.
Cuma saya merasakan ‘benda’ itu berada
berhampiran dengan saya ketika itu. Tapi Alhamdulillah ustaz datang
membantu dan saya semakin pulih.”
2. Ibu Nik Nor Awadah, Nik Sunizan Nik Shafik, 44.
“Sebagai ibu sudah pasti saya terkejut selepas dimaklumkan anak diserang histeria.
Sebaik dimaklumkan guru, saya terus ke
sekolah untuk mengambilnya pulang, tetapi terkejut apabila lihat ramai
pelajar dan guru menjerit.
Takut juga, tapi keadaan anak lebih penting. Ketika saya menemuinya, dia semakin pulih selepas dibantu ustaz.
Pada Selasa, saya bekalkan lada hitam
kepada anak saya sebagai ‘pelindung’ selain berpesan kepadanya sentiasa
membaca ayat suci al-Quran dan menjaga kelakukan.
Cuma pada Rabu, dia sekali lagi diserang, sekali gus membuatkan saya semakin resah. Mujur ia tidak seteruk kejadian pertama.
Harapan saya pihak sekolah dapat lakukan
sesuatu supaya perkara sama tidak berulang kerana ia boleh mengganggu
pelajaran pelajar di sekolah berkenaan.
Saya yakin sekolah akan buat yang terbaik dan berharap sesi persekolahan Ahad ini berjalan seperti biasa.”
3. Guru Pendidikan Jasmani SMK Pengkalan Chepa 2 Norlelawati Ramli, 32, yang hampir histeria.
“Selepas cuba menenangkan seorang
pelajar yang histeria di tingkat empat, saya rasa tidak sedap hati
sebelum tangan tiba-tiba menjadi berat.
Serentak itu kelibat lembaga hitam
tiba-tiba melintasi pandangan dan saya terasa seperti ditarik. Saya
segera membaca ayat Kursi dan tidak lama kemudian ‘dilepaskan’.
Saya tidak menjerit, tetapi tiba-tiba hati saya sedih sangat dan menangis. Ini pengalaman pertama saya melalui kejadian begini.”
4. Guru Kimia SMK Pengkalan Chepa 2 Kamariah Ibrahim, 48, yang hampir dirasuk.
“Ketika menenangkan pelajar, saya terasa seperti ada sesuatu cuba masuk ke dalam badan saya.
Saya tiba-tiba rasa meremang dan kebas di pipi sebelum dikerumuni beberapa rakan membacakan ayat Kursi.
Saya tiba-tiba rasa meremang dan kebas di pipi sebelum dikerumuni beberapa rakan membacakan ayat Kursi.
Saya tidak meracau, tapi menangis tidak berhenti selama sejam ketika terdengar surah Yassin sebelum tenang kemudiannya.”
Sehingga ke hari ini, suara jeritan
masih lagi kedengaran dari arah bilik darjah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 biarpun sekolah itu ditutup selama 3 hari
dari Khamis lalu untuk memberi ruang kepada bomoh, ustaz dan pengamal
perubatan tradisional ‘merawat’ histeria yang melanda sekolah berkenaan.
Semua pintu pagar di sekolah tersebut
ditutup kepada pemberita pada Ahad namun suara jeritan dan laungan yang
kedengaran menyebabkan wartawan dan jurugambar yang berkampung di
hadapan sekolah itu terkejut.
Pihak sekolah telah mengadakan sesi membaca al-Quran selama dua jam dan mengadakan solat jemaah dengan pelajar.
Kira-kira pukul 11.30 pagi, lebih banyak
jeritan dan teriakan kedengaran dan percubaan pihak media untuk masuk
ke sekolah tidak berjaya.
Sejak dari Isnin hingga Rabu lalu, lebih 100 orang pelajar perempuan dan lelaki serta guru dikatakan terkena histeria.
Mangsa Histeria Kongsi Detik Diganggu ‘Lembaga Hitam’
Reviewed by jojo
on
05:49
Rating:
No comments: