Empat Memeluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Di Bukit Jalil
FENOMENA penonton memeluk Islam dalam
ceramah Dr Zakir Naik kini begitu mengujakan kita. Semalam empat lagi
individu memeluk Islam ketika syarahan pendakwah antarabangsa Dr Zakir
Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil.
Individu pertama mengucapkan kalimah itu
ialah seorang lelaki dari Punjab India, Hurender Bal Singh tepat jam 12
tengah malam tadi. Manakala seorang lagi adalah wanita yang merupakan
penganut Roman Katolik pada awalnya.
“Saya mahu mengucapkan syahadah,” katanya kepada Zakir sebelum wanita itu dibimbing mengucapkan kalimah tersebut.
Sejurus mengucapkan syahadah pada pukul
12.05 tengah malam, beliau kelihatan berpelukan dengan beberapa orang di
sebelahnya dan terus dibawa pergi dari situ.
Individu ketiga mengucapkan pengakuan
menyertai Islam ialah seorang wanita pada jam 1.37 pagi. Sejurus selepas
itu beliau dibawa pergi oleh penganjur.
Manakala syahadah keempat diucapkan oleh
Joel Anak Along pada jam 2.03 pagi. Katanya sebelum ini beliau telah
mendalami Islam di Hidayah center.
Lebih 35,000 hadir sejak jam 5 petang
bagi mendengar ceramah Dr Zakir yang juga Tokoh Maal Hijrah pada
2013. Kehadiran pengunjung pada awal malam diuji dengan keadaan hujan
lebat.
Bagaimanapun kemunculan Dr Zakir pada
jam 8.45 malam disambut dengan tepukan gemuruh pengunjung yang
hadir. Syarahan itu tamat pada jam 2.45 pagi.
Sebelum ini P Ramasamy yang merupakan
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II di facebook mengelarkan Dr Zakir
Naik sebagai setan.
“Let us get ‘satan’ Zakir Naik out of this country!” – P. Ramasamy, DAP.
Mungkinkah fenomena ini yang amat ditakuti oleh DAP? Walaubagaimanapun, Dr Zakir tetap meneruskan siri ceramah beliau di negara kita. Beliau dijangka berada di Melaka esok.
Empat Memeluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Di Bukit Jalil
Reviewed by jojo
on
21:20
Rating:
No comments: