Ibu Nina Grace Restu Peluk Islam, Bapa Belum
TINDAKAN pelajar Woo Nina Grace untuk memeluk Islam di hadapan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik memberi kejutan kepada ibu bapanya yang tinggal di Pasir Gudang, Johor. Grace, 19, berkata ibunya yang mengetahui penukaran agamanya melalui laman sosial dapat menerima pengkhabaran itu namun tidak bagi bapanya.
“Mengenai keluarga saya, ibu bapa memang terkejut apabila mendapat tahu saya memeluk Islam kerana sebelum ini saya mendalami ajaran Islam termasuk membaca beberapa surah Al-Quran secara rahsia tanpa pengetahuan mereka.“Ibu dan ayah tidak tahu saya ingin memeluk Islam sehinggalah video dan berita mengenai hal ini tersebar di media dan laman sosial.“Walaupun terkejut, ibu dapat menerima keputusan yang saya buat ini tetapi ayah masih belum sedia menerimanya,” katanya.
Untuk makluman, Kerajaan negeri
Terengganu akan mengambil Woo Nina Grace, 19, yang baru memeluk Islam,
sebagai anak angkat bagi membantunya mendalami Islam.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd
Rahman berkata sebagai saudara baru, sudah pasti remaja tersebut
memerlukan sokongan daripada banyak pihak untuk beliau lebih memahami
Islam.
Nina melafazkan kalimah syahadah di
hadapan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik semasa sesi soal jawab pada
syarahan Dr Zakir, disaksikan 40,000 hadirin di Padang Astaka, Kemaman,
Khamis lalu.
Nina yang berasal dari Johor dan berdarah kacukan Cina dan Filipina itu belajar di Kolej Ranaco, Kemaman.
Ibu Nina Grace Restu Peluk Islam, Bapa Belum
Reviewed by jojo
on
05:52
Rating:
No comments: