Simcard Tone Excel : Haram Kerana Berunsur Helah Dan Riba Tanpa Sedar
Di sebalik #kisahbata dan Simcard Tone Excel - Satu Pandangan
#kisahbata sebenarnya bertujuan untuk menjelaskan hakikat sebuah
perniagaan. Adakalanya kita dikelirukan dengan kewujudan produk, akad,
dan perniagaan. Kekeliruan ini tidak sekadar mengelabui mata pencinta
harta, bahkan mengelirukan para ustazah dan para penuntut muamalat
Islam.
Daripada contoh #kisahbata, kita dapat lihat wujud unsur utama kontrak.
Iaitu, akad yang jelas, produk yang 'real', dan kelebihan yang betul.
Namun, 'common sense' kita dapat kesan bahawa kontrak itu bukanlah jual
beli yang sebenar yang diiktiraf oleh agama. Adakah boleh kita jual bata
itu harus, kerana kita tidak memaksa pembelinya untuk menjual bata
jenama yang sama kepada orang lain? Adakah boleh kita katakan harus,
jual bata dengan harga setinggi itu, hanya kerana adanya 'mutual
consent'? Walaupun bata itu ada gunanya untuk membuat rumah, tapi itu
bukan tujuan utama pembeli bata. Pembeli bata tidak mahu produk, tapi
mahu kelebihan yang lain. Dan kelebihan yang lain itu tidak akan
diperolehi kecuali dengan menjual bata yang mahal itu, sedangkan bata
lain yang murah yang seumpamanya ada di pasaran.
Inilah yang berlaku dalam simcard TE, yang merupakan simcard Tune
Talk yang dimahalkan harganya hanya kerana untuk menjana pendapatan
pasif.
- Anda boleh dapatkan sim kad TuneTalk dengan harga RM30 (termasuk GST) dengan kredit isian RM45 + 1.5GB data! Tapi ToneExcel harganya RM98.60 (termasuk GST).Perbezaan harga sangat ketara.
- Semua kelebihan yang dinyatakan dalam TE ada dalam TT. Jadi mengapa TE perlu mahal?
- Call rate TE sangat mahal 28 sen berbanding TT 16 sen, 75% lebih mahal berbanding TT. Tidaklah menguntungkan jika setiap kali topup dapat bonus, atau downline yang topup, upline dapat percentage bonus, kerana anda telah bayar lebih 75% daripada produk asal. Anggarkan jika penggunaan RM160 TT, pengguna TE bayar RM280!.
- Produk TE menawarkan point untuk beli tiket AirAsia, produk TT pun sama.
- Produk TE menawarkan insurans konvensional sama seperti TT. Ini pun satu masalah, apabila secara tidak langsung anda terlibat dengan insurans konvensional. Syaratnya topup RM50.
Ringkasnya, semua harga termasuk sim card dan kos panggilan dinaikkan,
hanya untuk mencipta satu skim pendapatan pasif, sama sahaja 100% dengan
#kisahbata yang anda baca.
Kita tidak kisah jika Simcard ToneExcel mahal jika :
- Nombornya cantik, contohnya 0111-999 2020, at least berbaloi; atau
- Tempoh jangka hayat yang panjang, contohnya tak perlu topup 8 tahun, berbaloi; atau
- Data 100GB sebulan free, at least, berbaloi
- Atau apa sahaja yang common sense atau 'uruf masyarakat boleh nilai sebagai berbaloi. Tapi ia tidak wujud dalam produk ini kecuali dengan menjual semula kepada orang lain.
Di kala masyarakat kita sibuk membantah GST cuma 6% untuk kredit tambah
nilai, TE menaikan harga Simkad mereka sehingga lebih 300% dan menaikkan
kadar panggilan sehingga 75% hanya untuk menghidupkan skim pendapatan
pasif dengan jualan semula.
Jelas, tanpa berselindung lagi, saya kali ini
tidak dapat mencari sebarang alasan untuk tidak mengatakan simcard ini
adalah berunsur piramid, gharar, dan mengandungi unsur al-ghubn
al-fahisy, iaitu eksploitasi kerelaan untuk mendapatkan keuntungan yang
berlebihan.
Jika dilihat pula fatwa-fatwa antarabangsa
tentang isu produk yang dinaikan harga seperti ini, dan tujuannya iaitu
untuk mewujudkan satu sistem piramid, menurut fatwa oleh Lajnah
al-Buhuth wa al-Ifta, Arab Saudi, juga oleh Darul Ifta', Jordan, Darul
Ifta Mesir, adalah haram kerana berunsur riba (secara helah), gharar,
dan eksploitasi kerelaan. Walaupun produk itu wujud, tapi produk
itu bukanlah sesuatu yang diinginkan, yang diinginkan adalah keunntungan
hasil jualan semula produk yang sama yang mahal, sedangkan produk lain
seumpamanya wujud di pasaran. Menurut mereka, alasan wujudnya barang
untuk dikatakan sebagai harus, tidak boleh dipakai kerana produk hanya
helah, yang dikehendaki bukan produk. Kalau inginkan produk, beli sahaja
TT, lebih murah.
Produk ini juga tidak menepati kriteria produk yang digariskan oleh Garis Panduan MLM JAKIM iaitu kerana melibatkan elemen riba.
(a) Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah,
berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti
barang perkhidmatan.
Namun, ada cara untuk jadikan produk Skim TE ini agak patuh Syariah.
Tidak susah bagi pemasaran yang ada produk untuk jadi patuh Syariah.
Caranya ialah jadikan simkad ini berbaloi kepada pembeli dengan harga
yang mahal, seperti yang dinyatakan di atas. Cadangan saya, berikan
nombor yang cantik dan berbaloi, atau tempoh jangka hayat yang panjang
dan berbaloi, atau paling kedekut pun panggilan yang sangat rendah
berbaloi dengan simkad yang dibayar. Bukan beri kelebihan kerana menjual
semula sim kad itu.
Ya, mungkin sah di sisi undang-undang, tapi dalam dunia kapitalis
sekarang ini, banyak perniagaan yang "legally right but morally wrong".
Sebenarnya tanpa melihat hukum agama pun, common sense boleh
menilainya.
Sebagai kesimpulan, ini sekadar pandangan peribadi berasaskan penelitian
saya, dan pandangan saya tidak mengikat anda untuk menerimanya. Anda
bebas untuk bersetuju atau tidak. Cuma jika anda tidak bersetuju dengan
pandangan ini, anda mungkin boleh bersetuju jika kita jual bata binaan
itu dijual dengan harga RM100 sebiji!
Wallahu A'lam.
Rujukan maklumat:
#kisahbata #toneexcel
Disalin semula daripada Facebook Page muamalat.my
Simcard Tone Excel : Haram Kerana Berunsur Helah Dan Riba Tanpa Sedar
Reviewed by jojo
on
07:21
Rating:
No comments: