Lelaki Langgar Lari Dibelasah Sampai Mati



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dipercayai akibat dipukul sekumpulan pelanggan gerai makan di kawasan kediaman PPR Pantai Dalam di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 48 tahun itu dipercayai dipukul selepas kereta dipandunya terlanggar kenderaan yang diletak di tepi gerai makan PPR Kampung Limau, Pantai Dalam di sini.

Dia dikatakan melarikan diri selepas kejadian tetapi dikejar pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata mangsa ditemui tertiarap dalam tempat duduk belakang kereta Honda Accord dipandunya kira-kira jam 1.30 pagi.

"Pemeriksaan awal pasukan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada kepala selepas disyaki dipukul dengan objek tumpul.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek," Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Lelaki Langgar Lari Dibelasah Sampai Mati Lelaki Langgar Lari Dibelasah Sampai Mati Reviewed by jojo on 23:30 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.