Papan Tanda Bebas Anuar Di Tanggalkan PDRM

Papan tanda Bebas Anuar Telah mendapat kelulusan PBT untuk ditanggalkan. Dalam video kelihatan PDRM mengambil tugas menanggalkan lapisan papan tanda Bebas Anuar.


Polis hari ini menurunkan tiga papan iklan #BebasAnwar di sekitar Ampang yang menuntut pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buluh, Selangor.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga adalah ahli parlimen Ampang berkata tindakan itu adalah provokasi yang sengaja dilakukan untuk mendapatkan respon beremosi daripada kerajaan negeri Selangor meskipun permit untuk menaikkan papan tanda tersebut telah diluluskan oleh kerajaan tempatan masing-masing.

 "Tindakan ini cukup tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila wujud saluran-saluran yang betul yang boleh diguna Ketua Polis Negara jika beliau melarang papan tanda #BebasAnwar itu.

"Kita nantikan sama ada papan tanda tersebut diturunkan benar-benar di atas arahan bos beliau atau ia merupakan satu isu peribadi antara IGP, dengan Anwar Ibrahim PKR dan rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Zuraida, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melampaui batasnya dan berikrar parti itu tidak akan berdiam diri.

"Beliau perlu bersifat profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai IGP dan tidak mengganggu hal ehwal pihak berkuasa tempatan," katanya.

Unsur hasutan Bukit Aman pada Sabtu lalu meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor supaya menurunkan papan iklan #BebasAnwar di negeri itu kerana didakwa memaparkan unsur-unsur hasutan.

Khalid menerusi akaun twitter berkata polis sedang mengesan papan tanda itu yang didapati mempunyai unsur hasutan dan mengelirukan rakyat. Klick Video dibawah Untuk Menonton..

Papan Tanda Bebas Anuar Di Tanggalkan PDRM Papan Tanda Bebas Anuar Di Tanggalkan PDRM Reviewed by jojo on 06:35 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.