Jentera Bomba Langgar Bas Di Lebuh Raya
CHANGLON - Gara-gara membuat pusingan U di lebuh raya dan gagal melepasi
pusingan berkenaan, sebuah bas ekspres terbalik secara melintang atas
jalan raya, selepas dirempuh sebuah jentera bomba dari bahagian
belakang.
Bagaimana pun, insiden yang mencemaskan itu tidak melibatkan kehilangan nyawa, di mana 18 penumpang dalam bas berkenaan hanya mengalami cedera ringan.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, bas ekspres itu dipercayai mahu membuat pusingan U di Lebuh Raya Utara- Selatan (Plus), Kilometer 6.9 arah Utara.
“Kawasan itu tidak dibenarkan membuat sebarang pusingan U. Apabila bas berkenaan tidak lepas membuat pusingan U, bas itu terus mengundur ke belakang. Ketika itu, sebuah jentera bomba berada di belakang bas di jalan yang sama, tidak sempat memberhentikan jenteranya,” katanya.
Menurutnya, akibat daripada itu, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam terus melanggar bahagian belakang bas menyebabkan bas itu terbalik.
“Terdapat 18 orang dalam bas ketika kejadian, termasuk pemandu dan kelindan bas. Kejadian berlaku sekitar 4.30 petang, berhampiran Restoran CTC,” katanya.
Nur Hafizah berkata, kejadian itu menyebabkan pemandu dan kelindan bas patah kaki manakala 12 penumpang mengalami cedera ringan.

Reviewed by jojo
on
10:50
Rating:
No comments: